Salam semua,
Ramadhan pada tahun ini sederhana, pada fizikalnya
seperti tahun lalu, saya berusaha untuk memasak sendiri hidangan berbuka
walaupun saya pada asalnya tidak pandai memasak
saya ingin sekali menyuapkan hasil tangan sendiri kepada suami dan anak-anak
jadi saya suka sekali mengambil gambar makanan sebagai kenangan
penuh kesyukuran kerana rezeki Allah tidak pernah putus
Alhamdulillah
Doa yang baik-baik untuk semua
semoga ibadah-ibadah yang kita lakukan pada tahun ini diterima Allah
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua
Semoga hari ini jauh lebih baik dan bahagia dari semalam
Apa yang penting, beribadah untuk mendapatkan redha Allah :O)
Ramadhan akan berlalu pergi...jauh lebih pantas daripada dahulu...