Saturday, July 21, 2012

Doa Ramadhan 2012

As salam,



alhamdulillah .. Allah izinkan saya bertemu Ramadhan tahun ini
syukur kerana rahmatnya tidak pernah putus
walaupun dugaan dugaan dan ujian diberikanNya
pasti dan yakin akan hikmah di sebalik setiap sesuatu itu
mendekatkan diri ini kepada Allah
insyaAllah

doa saya di sepanjang Ramadhan kali ini, adalah istimewa
dalam keadaan diri ini mengandung anak yang ke tiga
pada minggu ke 35 ini adalah amat bererti
walaupun sarat tetapi tenang
menempuh sehari hari

bercerita tentang hamil kali ini
di awalnya saya ingatkan little one is a boy
tetapi setelah pertama kali membuat 3D scan
si dia yang dinanti adalah baby girl
sungguh tidak disangka
alhamdulillah dan berharap lil one tenang di dalam tummy
dan lahirnya nanti menjadi seorang yang solehah dan sihat
mohon Allah permudahkan urusan kami...

Ramadhan tahun ini
saya memohon diri sentiasa tenang
sabar...sabar...sabar
saya lebih suka untuk memasak sendiri
walaupun simple tetapi mencuba
lebih bermakna buat saya
 mohon Allah mudahkan diri ini
sentiasa ingin menambah ibadah
membaiki kualiti solat dan membaca Al Quran

saya rasa bertuah kerana lil one di dalam tummy
sempat merasai nikmat berpuasa bersama saya
hidup lebih tenang hari ini...

selain itu,
saya ingin meningkatkan kualiti doa
doa orang berpuasa ikhlas kerana Allah
insyaAllah

akhirnya doa dan sebutlah kata kata yang baik baik
sentiasa...

salam sayang buat semua
mohon dimaafkan sebarang kesilapan selama ini
semoga tenang sepanjang Ramadhan

insyaAllah