Tuesday, June 28, 2011

Cara Mendidik Anak

Salam,

Anak-anak membesar dengan pantas, semakin dewasa dan berdikari. Kalau dulu, ketika anak-anak masih bayi saya memang suka mengambil gambar. Setiap hari. Tapi sekarang, anak-anak kurang bergambar dan lebih aktif. Susah nak fokus pada kamera. Apabila disuruh untuk senyap seketika di depan kamera, tiba-tiba sahaja dipusingkan kepala ke arah lain. Kelakar juga. Tapi masih, memori di dalam gambar dikenang sampai bila-bila.

tunjukkan simbol "peace" yang tidak bersungguh-sungguh sebab disuruh oleh mama 
 kita nak tengok ikan,lah mama. bukan nak ambil gambar,
damia's new style of hair dan new hair bend 
kek hari lahir yang diminta oleh adam dan damia untuk dibawa balik makan di kampung bersama atuk dan tokma, saya pun beli dengan kawan FB yang tinggal di taman sebelah taman kami, mujurlah dapat ditempah ketika minit-minit terakhir. Adam memang sangat menitikberatkan untuk turut berkongsi dengan atuk dan tokma, adam yang sensitif :O)
senyuman anak perempuan yang sentiasa menceriakan hati kami, adik adam yang comel

sebab yang saya suka, di taska damia selalu buat art work
seperti 'door hanger' di atas ini, sungguh comel. Memang kreatif dan menjimatkan

antara tips yang menarik untuk dikongsi pada hari ini :

artikel 1 :

3) Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras. baca seterusnya

artikel 2 :

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan. baca seterusnya


artikel 3 :

7. Selayaknya anak dijaga dari bergaul dengan anak-anak yang biasa
bermegah-megahan dan bersikap angkuh. Jika hal ini dibiarkan maka
bisa jadi ketika dewasa ia akan berakhlak demikian. Pergaulan yang
jelek akan berpengaruh bagi anak. Bisa jadi setelah dewasa ia
memiliki akhlak buruk, seperti: Suka berdusta, mengadu domba, keras
kepala, merasa hebat dan lain-lain, sebagai akibat pergaulan yang
salah di masa kecilnya. Yang demikian ini, dapat dicegah dengan
memberikan pendidikan adab yang baik sedini mungkin kepada mereka.

8. Harus ditanamkan rasa cinta untuk membaca al Qur'an dan buku-
buku, terutama di perpustakaan. Membaca al Qur'an dengan tafsirnya,
hadits-hadits Nabi n dan juga pelajaran fikih dan lain-lain. Dia
juga harus dibiasakan menghafal nasihat-nasihat yang baik, sejarah
orang-orang shalih dan kaum zuhud, mengasah jiwanya agar senantiasa
mencintai dan meneladani mereka. baca seterusnya

artikel 4 :


Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, "Ni apa?" atau "Apa tu?" Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. baca seterusnya

artikel 4 :

Tapi, sedarkah kita..
Apabila kita menjerit, menengking, membebel, memaki, mem-perli dan menggunakan kekerasan kepada anak kita,
kesan jangka pendek; dia mungkin akan ikut cakap kita.
Tetapi, untuk kesan jangka panjang; dia akan hilang rasa hormat pada kita,dia akan mula bercakap kepada kita dengan cara yang kasardia akan menjauhkan diri daripada kita (kerana takut dimarahi atau rasa diri tidak disayangi) dan kemuncaknya..dibimbangi, dia akan membenci kita seumur hidupnya (nau’zubillahiminzaalik) baca seterusnya

artikel 5 :


Baca ayat-ayat berikut dan sapu atas ubun-ubun anak sambil berniat dan berdoa kepadaNya apa yang kita hajatkan. Boleh juga amalkan bila nak beri anak minum air, baca ayat-ayat tu tiup-tiup pada air. Tujuannya seperti yang disebut di ataslah, supaya anak-anak jadi orang baik, soleh, lembut hati, dengar cakap mak ayah, taat perintah Tuhan dan sebagainya.
  1. Surah Al-Fatihah (1 kali)
  2. Ayat kursi (1 kali)
  3. Surah al-Insyirah (1 kali)
  4. Surah Toha ayat 1 hingga 7 (1 kali)

artikel 6 :

Naluri kasih sayang tentunya menjadi bekal pendorong dalam mendidik anak. Bayangkan jika manusia, terutamanya ibu dan ayah tidak ada rasa cinta pada anak-anak. Mereka akan melihat anak-anak seperti mereka melihat kayu dan batu. Bahkan mereka mungkin akan menganggap si anak sebagai beban yang menyusahkan. Tentunya berat untuk mereka mendidik, bahkan menjaga mereka. Bersyukurlah kepada Allah yang mengurniakan rasa sayang kepada anak dan sekelian kanak-kanak. Inilah bekal motivasi semulajadi dalam kita mendidik anak-anak. baca seterusnya

artikel 7 :

Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg datangnya daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. baca seterusnya

artikel 8 :

LUANGKAN MASA
Luangkanlah masa dengan anak-anak anda secara melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur dan minat mereka. Kongsilah pengalaman dalam membina satu perhubungan yang mesra yang berasaskan kasih sayang dan kepercayaan yang merupakan asas bagi komunikasi pada masa hadapan. Makan bersama sekerap mungkin. Waktu makan adalah peluang terbaik untuk berbual-bual tentang perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka dan untuk merapatkan diri dengan anak-anak anda. Gunakanlah masa yang ada untuk berbual, bukannya berbalah. Membaca, menonton televisyen atau wayang, dan layarilah internet bersama-sama. Bersenam atau bersukan sebagai sebuah keluarga. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bersama-sama anak-anak anda. baca seterusnya

artikel 9 :

5. Menatap wajah
Melihat wajah anak ketika bercakap. Merenung mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika bercakap, akan memberi kesan emosi yang dalam. Perhatian mereka terhadap percakapan ibu bapa juga meningkat dengan merenung wajah mereka ketika bercakap malah walaupun percakapan berbentuk memberi arahan. Malangnya, ada ibu bapa terlalu sibuk sehinggakan bercakap dengan anak tetapi muka mengadap ke komputer atau menoleh ke tempat lain. baca seterusnya
selamat membaca dan menambah ilmu (pesanan untuk diri sendiri juga)
terima kasih :O) sayang selalu,



Thursday, June 23, 2011

All About Me Layout : Examples

Salam,
Ketika masih dalam usia 'digi scrapbooker addict' dulu saya banyak juga buat tema 'semua tentang saya'. di mana hanya menggunakan foto muka sendiri sahaja untuk buat lay out digital. Bolehlah lihat di antaranya :

tahun 2007

poolmum

farha07

fliffyme

tahun 2008


mybirthday


dreamer

Chirpi's  party pop kit and Studio Diane's made in shade kit

dressmeup challenge
that's me...again
credits:
dress me up by Vanilla Hush
cupcakes by Krystal Hartley
doodle by Sharon Kenealy
paper note by grumble scrap

ME
bugs from cuteabug by Julia Makotinsky, flower doodles from memories by Summer Driggs, paper from A Little Dreamer Designs creation by Michelle Coleman

meapril09
Lavender Fields Sunshine Studio Scraps May Collaborative Kit

mybirthday09
...And Many More!! kit by B~Creative Designs

tahun 2010
vf_inmyheart_mini_pp6 
in my heart mini kit by victoria f

tahun 2011
lindsayj_splashred_ppr01
lindsay jane's splash of red kit

nampak kan perbezaan nya ? dari segi susunan element and style :) semoga gembira !

Tips Hidup Hijau + Tips Jimat Tenaga

Salam :)

Menurut artikel di website ini , saya boleh lah berkongsi antara cara kita untuk hidup lebih Hijau adalah seperti berikut tetapi mengikut cara yang boleh kita amalkan di rumah , di Malaysia :

1. jimatkan penggunaan tenaga untuk menjimatkan wang
- gunakan mentol jimat tenaga yang disahkan, Jangan mudah tertipu. Atau sertai kempen seperti ini.
“Setakat ini cuma dua jenama mentol penjimat tenaga, iaitu keluaran Philips dan Osram diiktiraf Suruhanjaya Tenaga mampu menjimatkan elektrik,”
- hadkan penggunaan tenaga elektrik di rumah, jika berkumpul di ruang tamu matikan lampu, penghawa dingin dan kipas di dapur, blik dan bilik air.

2. jimatkan penggunaan air untuk menjimatkan wang
- sentiasa ulang guna air yang masih bersih untuk siraman pokok atau membasuh kereta.
- mandi dengan kadar yang sederhana dan bersih (elakkan mandi dengan menyanyi sampai 10 buah lagu)
- tadah air yang bersih untuk diminum dan diletakkan di dalam bekas yang selamat (Non BPA)

3. jimatkan penggunaan gas untuk menjimatkan wang
- menggunakan kaki, basikal atau motosikal untuk pergi ke kawasan berdekatan dengan kediaman.
- menggunakan kenderaan awam seperti monorail, komuter dan LRT untuk ke tempat kerja dan membeli belah di bandar-bandar besar.

Lobby your local government to increase spending on sidewalks and bike lanes. With little cost, these improvements can pay huge dividends in bettering your health and reducing traffic.

4. Makan secara bijak
- Beli makanan mentah seperti sayuran dan makanan laut yang didapati secara setempat berbanding yang diimport daripada luar untuk menjimatkan kos membeli barangan makanan.
- Hadkan hidangan bersumberkan daging seminggu sekali untuk memudahkan proses penghadaman.
-

5. Kurangkan minum air botol plastik
-kalau balik kampung, berhenti di stesyen minyak mesti nak beli air botol mineral, tak salah selepas ini bawa air bekal dari rumah yang lebih bersih dan segar. Dapat mengurangkan penggunaan botol-botol plastik secara berterusan. Lagi baik kalau di kantin, setiap pelajar bawa mug sendiri dan tadah air bertapis di kantin daripada diberikan pilihan air bergas.

6. berfikir sebelum membeli belah
- semak harga dan pilihan dengan diskaun untuk kualiti terbaik makanan atau boleh juga membeli pilihan perabot yang telah diguna dengan harga mungkin 1/2 lebih murah daripada membeli perabot yang baru.

7. Meminjam lebih dari membeli sendiri
- maksudnya di sini seperti meminjam buku di perpustaan, daripada membeli buku sebagai koleksi. Atau buku yang kita telah baca diberikan kepada yang kurang mampu atau disedekahkan.

8. Membeli belah dengan bijak
- Membeli stok barangan harian untuk keperluan secukupnya seperti sebulan dapat mengelakkan pembaziran penggunaan plastik dan minyak kereta. Selain itu, elakkan pakaian yang perlukan 'dry'clean' dapat mengurangkan penggunaan toksik terhadap pakaian.

9. Kitar semula barangan elektronik
- Guna selama mungkin barangan elektronik seperti komputer, telefon bimbit, pemain mp3. Jika ingin bertukar dan masih elok, sedekahkan kepada orang lain. Jika sudah rosak, sila kitarkan semula di pusat jualan yang menyediakan tong kitar semula.

10. Buat sendiri cecair pencuci tanpa toksik
Gunakan cecair pencuci yang dibuat sendiri daripada baking soda, cuka, sabun dan lemon. Seronok ni :)
untuk petua-petua menarik silalah layari di sini : http://ratuhati.com/petua-suri/petua-rumah-dapur




gambar amatur ini diambil oleh saya dengan menggunakan iphone.. ahhh bangga kejap.. berangan pakai DSLR ok.

Wednesday, June 22, 2011

dulu dan sekarang,

Salam dan hi semua,

Kita selalu diinginkan untuk sentiasa menghargai hari ini, kan. Tetapi perlu juga menghargai hari dahulu yang berlalu kerana kita memang mudah lupa akan bertuahnya kita di atas bumi Allah ini. Dipinjamkan nikmat-nikmat yang tiada tolok bandingannya dengan harta walaupun diberi selautan.

Pernahkah kita fikirkan, kerana keputusan yang kita buat dahulu kita telah mencorak masa depan kita, iaitu bermula masa sekarang ini. Pernahkah juga kita berfikir, jika kita tidak membuat keputusan tersebut, akan tiadalah nikmat-nikmat yang kita perolehi di masa kini.

Saya selalu percaya dengan erti kesabaran. Sabar dalam menempuh ranjau dan liku hidup. Setiap kesusahan dan sedikit kesenangan ini adalah hasil kesabaran. Memang betul kesabaran itu ada hadnya. Tetapi percayalah, hasil kesabaran yang ikhlas dan berterusan itulah yang akan dilihat olehNya, terus adalah lebih sukar untuk bersabar dan ikhlas kerana kesabaran itu.

Seringkali juga hati yang sabar ini dicuit rasa khianat dicemari kata bisikan syaitan tetapi tepislah dengan memandang mata-mata insan yang menyayangi kita. Belajarlah dari mereka, anak yang kecil dan bebas dari dosa lebih baik daripada kita yang sudah hidup separuh umur.

oklah,

damia duhulu,
13032008565

damia sekarang,
056

adam dahulu,
DSC00056

adam sekarang,
DSC01380
Allah, Engkau dekat penuh kasih sayang..... muah ! Saya tidak akan minta masa saya diputarkan kembali, Alhamdulillah , Subhanallah, dan InsyaAllah zuriat jika diberikan lagi :) hehehe

my life goes round and round

Salam :)

Tak ada apa yang menarik, cumanya nak beritahu kesihatan tidak berapa mengizinkan. Batuk, demam, selsema dan pening kepala. Pakej yang lengkaplah, ujian dari Allah, bila ditariknya kesihatan memang tiada apa yang boleh dibuat melainkan bertenang dan berikhtiar. Semoga dapat dihapuskan dosa-dosa kecilku selama ini.

Saya nak memuatnaik gambar intagramlah lah pulak, ye. Harap hari ini lebih baik dari esok :)

 




















:) keju !! semoga dapat buat cerita sendiri ye, maaf sebab kongsi gambar yang dah basi

Monday, June 13, 2011

Selamat Hari Lahir Anak-Anak :O) 2011

Salam,

Penulisan kali ini telah saya jadualkan lebih awal. Kerana pada hari ini adalah telah dalam perjalanan ke Serdang untuk menghadiri majlis berkaitan dengan karier saya. InsyaAllah saya akan berkongsi entri akan datang.

DSC01397 DSC01391 DSC01387 DSC01381 DSC01366 DSC01365
kredit :
kek hari lahir - cik da
gambar dslr - uncle and auntie ngah
another party girl - fardina maisara ( adam & mia cousin)
p/s early celebration at cameron highland

Hari ini iaitu 13 Jun 2011 adalah tarikh masihi anak kedua saya, Damia Safiyya lahir ke dunia ini 4 tahun yang lepas. Kelahiran beliau amat mudah dan mendamaikan. Di samping itu, tidak bolehlah membandingkan kesakitan. Kesakitan perlu ada. Ia lahiriah di dalam proses melahirkan.

Mengimbas kembali, di malam yang sepi. Di kala suami sedang menjalani latihan praktikal di terengganu. Saya sempat menyiapkan bungkusan hadiah kecil untuk kawan-kawan Adam. Adam Harris nama di beri, lahir lahirnya jatuh pada 14 Jun 2005. Ketika ini saya sarat dan masih tidak menyangka adik Adam akan lahir di pagi 7.21 am 13 Jun 2007.

Saya tidak pernah menduga akan menjadi seorang ibu, melihat ke dalam mata anak-anak hari ini saya rasa bertuah kerana dipinjamkan Allah anak-anak yang amat menggembirakan kehidupan kami. Semoga Allah melindungi anak-anak kami dari bala bencana, hasad dengki, khianat, kejahatan dan kekejaman daripada sesiapapun.

Untuk adik mia,

Selamat hari lahir ke 4 sayang,
Mama dan babah amat menyayangimu
Semoga adik sentiasa tenang dan gembira
jadi seorang muslimah yang baik hati dan akhlaknya
sentiasa mencari ilmu dan menghargai ilmu
adik seorang yang amat berpendirian dan tegas
ubahkan ia menjadi positif
di dalam kehidupan seharian
jaga dirimu adik
hiasi peribadimu
dan dekatkan agamamu di dalam hati
simpan nasihat dan tunjuk ajar
semoga adik sentiasa beroleh bahagia
di dunia ini dan di negeri akhirat sana


Untuk abang adam,

Selamat hari lahir ke 6 sayang,
Mama dan babah amat menyayangimu
Semoga adik sentiasa tenang dan gembira
jadi seorang muslim yang baik hati dan akhlaknya
seorang yang baik hati sepertimu
doa kami supaya adam jadi pemimpin
kepada diri sendiri, rakan, dan keluarga kelak
sifatmu yang ringan tulang serta sopan
akan menjadikanmu seorang yang tabah
mengharungi hidup setiap hari
semoga kejayaan demi kejayaan
akan menjadikan adam seorang yang rendah hatinya
tenang dan bahagia
jujur dan dapat berbakti kepada agamamu
dan dekatkan agamamu di dalam hati
simpan nasihat dan tunjuk ajar
semoga adik sentiasa beroleh bahagia
di dunia ini dan di negeri akhirat sana

Selamat Hari Lahir anak-anak ibu,

DSC01385



terima kasih di atas doa dan ucapan selamat kalian, saya amat menghargai semoga Allah yang membalas setiap kebajikan yang diberikan dengan hati yang ikhlas,

mama adam harris dan damia safiyya

untuk entri hari lahir terdahulu boleh klik di sini