Friday, June 3, 2011

Hadiah paling bermakna

Salam semua,

Bertemu kembali, ketika Allah masih memberikan Rahmat dan kasih sayangNya setiap hari kepada kita. Tajuk karangan saya pada kali ini adalah 'hadiah paling bermakna'. Kalau dibuat tajuk karangan pasti setiap orang akan memberikan persepsi berbeza. Pasti setiap orang mendefinasikan perkataan 'bermakna' mengikut kepercayaan masing-masing. Atau orang putih kata 'believe'.

Definasi hadiah pula,

pemberian (kerana penghargaan, untuk kenang-kenangan, sebagai penghormatan, dan lain-lain)


ganjaran (kerana menang dalam perlumbaan, pertandingan, dan lain-lain)


hadiah ikhlas a) hadiah yang diberikan dengan ikhlas (tanpa mempunyai tujuan tertentu di sebaliknya)


Apakah hadiah paling bermakna buat anda di sana ? Buat masa ini, saya pasti jawapan masing-masing lebih global mungkin menjurus kepada material, pemilikan terhadap sesuatu atau anugerah yang diperolehi dariNya. Apa yang pasti, hadiah paling bermakna kita semua adalah pinjaman sementara. Ia adalah amanah dan perlu dipulangkan kepada pemilik asal kembali.


:O)