hujung minggu lepas, kami sekeluarga telah ke Cameron Highlands.
Sedikit info berkenaan Cameron Highland :
Cameron Highlands is the smallest district in the state of Pahang which is located in the north-western corner of the state. One of the wonders of Malaysia, it is the largest and most famous hill resort in the country. This highland paradise still retains much of the charm of an English village. Being a primarily agricultural domain, you will find an abundance of vegetables and fruits farms here. Cameron Highlands is also the leading producer of flowers and tea in Malaysia. Be prepared for a lovely sight of extraordinary flowers you won’t see flourishing elsewhere in Malaysia! Located on the Titiwangsa Range at about 1500 metres above sea-level, the temperature here can drop to 16 ˚C or lower at certain times.
Cameron Highlands is made up of 4 main townships followed by smaller settlements at different elevations. The first town from the south is Ringlet, followed by Tanah Rata, Brinchang, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla and Kampung Raja.
Perjalanan kami sekeluarga bermula di kampung ibu bapa saya di Kg New Zealand, Maran. Pahang. Kami sekeluarga dijemput oleh adik saya, untuk turut sama menyertai sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir anak adik saya di Cameron Highland. Rombongan terdiri daripada ibu bapa kami, adik sekeluarga, saya sekeluarga dan 3 orang adik perempuan kami yang masih bujang.Bermula pada jam 8.00 kami memulakan perjalanan konvoi 3 buah kereta ke Cameron menggunakan jalan alternatif (exit) Raub. Saya menggunakan (Notes) di dalam iphone saya untuk mencatat nama-nama jalan kerana tidak ramai yang menggunakan jalan ini, ramai akan mengikuti jalan Tapah.
Inilah ringkasan perjalanan kami :
Maran > masuk lebuh raya pantai timur > (exit) Raub > felda lakum > felda mempaga > lebu > kg asap > bandar Raub > felda sg koyan
Pada jam 2 petang, kami tiba di Tanah Rata, Cameron Highland. Setelah beberapa kali berhenti di beberapa jenis stesen minyak kerana keperluan ke bilik air dan sebagainya. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 6 jam.
Apa yang boleh saya katakan di sini, perjalanan kami berjalan lancar dan tidaklah memeningkan. Jalan ke atas menuju Tanah Rata lebih lebar walaupun berputar-putar.
Fakta-fakta lain yang berkaitan :
1. Adik saya telah menyewa di Prima Villa Apartment dengan harga rm550 untuk 2 hari semalam , sangat berbaloi untuk trip dengan keluarga yang ramai dan selesa dengan keperluan harian yang mencukupi.
2. Saya dan semua tidak muntah ketika naik dan turun dari Cameron Highland, tetapi saya mengalami sakit di dalam telinga yang teruk ketika turun dari Cameron Highland. Setelah saya titiskan i-drop barulah sakit itu hilang. (kalau berminat dengan produk-produk boleh hubungi saya, iklan la pulak)
3. Kami hanya pergi melawat tempat penjualan dan pameran strawberi kerana ladang-ladang teh didapati amat sesak disebabkan lambakan pelancong ketika cuti sekolah.
4. Saya mendapati kurang informati tentang restoran halal, jadi lebih baik jika menginap di apartment dan masak sendiri. Kami membawa bekal roti dan mee hoon.
5. Saya tidak membeli belah dengan bersungguh-sungguh kerana mungkin tidak gemar untuk bersesak dengan orang lain juga disebabkan (jammed) yang teruk di tempat-tempat yang menarik untuk dilawati.
6. Saya dapat lihat wajah ibu , ayah dan adik-adik yang gembira di sepanjang trip ini, itu lebih memadai.
7. Jika anda ingin lebih berjimat ketika bercuti, elakkan pergi ke Cameron Highland ketika cuti sekolah. Harga hotel atau apartment tentu lebih murah.
8. Kereta ayah saya berasap teruk ketika mendaki kawasan parking di Big Red Strawberry Farm kerana ketinggian kawasan itu adalah 45 darjah ke atas, tak sanggup nak pergi lagi lain kali. Tetapi sundae, waffle dan fondue strawberri di cafe memang sedap.
Boleh lah saya biarkan gambar menceritakan perihal trip kami ini :
anggur di http://tamanagro-almashoor.com/ di http://tamanagro-almashoor.com/ di http://tamanagro-almashoor.com/
ibu saya bertanya, kenapa Adam pegang candy macam itu ? ermm,, saya rasa adam mengikut cara strawberi itu menjalar di pokoknya :) hehe
bapa mithali bersama anak-anaknya, pelancong !
ibu saya bertanya, kenapa Adam pegang candy macam itu ? ermm,, saya rasa adam mengikut cara strawberi itu menjalar di pokoknya :) hehe
bapa mithali bersama anak-anaknya, pelancong !