Salam,
Anak-anak membesar dengan pantas, semakin dewasa dan berdikari. Kalau dulu, ketika anak-anak masih bayi saya memang suka mengambil gambar. Setiap hari. Tapi sekarang, anak-anak kurang bergambar dan lebih aktif. Susah nak fokus pada kamera. Apabila disuruh untuk senyap seketika di depan kamera, tiba-tiba sahaja dipusingkan kepala ke arah lain. Kelakar juga. Tapi masih, memori di dalam gambar dikenang sampai bila-bila.
tunjukkan simbol "peace" yang tidak bersungguh-sungguh sebab disuruh oleh mama
kita nak tengok ikan,lah mama. bukan nak ambil gambar,
damia's new style of hair dan new hair bend
kek hari lahir yang diminta oleh adam dan damia untuk dibawa balik makan di kampung bersama atuk dan tokma, saya pun beli dengan kawan FB yang tinggal di taman sebelah taman kami, mujurlah dapat ditempah ketika minit-minit terakhir. Adam memang sangat menitikberatkan untuk turut berkongsi dengan atuk dan tokma, adam yang sensitif :O)
senyuman anak perempuan yang sentiasa menceriakan hati kami, adik adam yang comel
sebab yang saya suka, di taska damia selalu buat art work
seperti 'door hanger' di atas ini, sungguh comel. Memang kreatif dan menjimatkan
antara tips yang menarik untuk dikongsi pada hari ini :
artikel 1 :
3) Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras. baca seterusnya
artikel 2 :
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan. baca seterusnya
artikel 3 :
7. Selayaknya anak dijaga dari bergaul dengan anak-anak yang biasa
bermegah-megahan dan bersikap angkuh. Jika hal ini dibiarkan maka
bisa jadi ketika dewasa ia akan berakhlak demikian. Pergaulan yang
jelek akan berpengaruh bagi anak. Bisa jadi setelah dewasa ia
memiliki akhlak buruk, seperti: Suka berdusta, mengadu domba, keras
kepala, merasa hebat dan lain-lain, sebagai akibat pergaulan yang
salah di masa kecilnya. Yang demikian ini, dapat dicegah dengan
memberikan pendidikan adab yang baik sedini mungkin kepada mereka.
8. Harus ditanamkan rasa cinta untuk membaca al Qur'an dan buku-
buku, terutama di perpustakaan. Membaca al Qur'an dengan tafsirnya,
hadits-hadits Nabi n dan juga pelajaran fikih dan lain-lain. Dia
juga harus dibiasakan menghafal nasihat-nasihat yang baik, sejarah
orang-orang shalih dan kaum zuhud, mengasah jiwanya agar senantiasa
mencintai dan meneladani mereka. baca seterusnya
artikel 4 :
artikel 4 :
Tapi, sedarkah kita..
Apabila kita menjerit, menengking, membebel, memaki, mem-perli dan menggunakan kekerasan kepada anak kita,
kesan jangka pendek; dia mungkin akan ikut cakap kita.
Tetapi, untuk kesan jangka panjang; dia akan hilang rasa hormat pada kita,dia akan mula bercakap kepada kita dengan cara yang kasar, dia akan menjauhkan diri daripada kita (kerana takut dimarahi atau rasa diri tidak disayangi) dan kemuncaknya..dibimbangi, dia akan membenci kita seumur hidupnya (nau’zubillahiminzaalik) baca seterusnya
artikel 5 :
Baca ayat-ayat berikut dan sapu atas ubun-ubun anak sambil berniat dan berdoa kepadaNya apa yang kita hajatkan. Boleh juga amalkan bila nak beri anak minum air, baca ayat-ayat tu tiup-tiup pada air. Tujuannya seperti yang disebut di ataslah, supaya anak-anak jadi orang baik, soleh, lembut hati, dengar cakap mak ayah, taat perintah Tuhan dan sebagainya.
- Surah Al-Fatihah (1 kali)
- Ayat kursi (1 kali)
- Surah al-Insyirah (1 kali)
- Surah Toha ayat 1 hingga 7 (1 kali)
artikel 6 :
Naluri kasih sayang tentunya menjadi bekal pendorong dalam mendidik anak. Bayangkan jika manusia, terutamanya ibu dan ayah tidak ada rasa cinta pada anak-anak. Mereka akan melihat anak-anak seperti mereka melihat kayu dan batu. Bahkan mereka mungkin akan menganggap si anak sebagai beban yang menyusahkan. Tentunya berat untuk mereka mendidik, bahkan menjaga mereka. Bersyukurlah kepada Allah yang mengurniakan rasa sayang kepada anak dan sekelian kanak-kanak. Inilah bekal motivasi semulajadi dalam kita mendidik anak-anak. baca seterusnya
artikel 7 :
Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg datangnya daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. baca seterusnya
artikel 8 :
LUANGKAN MASA
Luangkanlah masa dengan anak-anak anda secara melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur dan minat mereka. Kongsilah pengalaman dalam membina satu perhubungan yang mesra yang berasaskan kasih sayang dan kepercayaan yang merupakan asas bagi komunikasi pada masa hadapan. Makan bersama sekerap mungkin. Waktu makan adalah peluang terbaik untuk berbual-bual tentang perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka dan untuk merapatkan diri dengan anak-anak anda. Gunakanlah masa yang ada untuk berbual, bukannya berbalah. Membaca, menonton televisyen atau wayang, dan layarilah internet bersama-sama. Bersenam atau bersukan sebagai sebuah keluarga. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bersama-sama anak-anak anda. baca seterusnya
Luangkanlah masa dengan anak-anak anda secara melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur dan minat mereka. Kongsilah pengalaman dalam membina satu perhubungan yang mesra yang berasaskan kasih sayang dan kepercayaan yang merupakan asas bagi komunikasi pada masa hadapan. Makan bersama sekerap mungkin. Waktu makan adalah peluang terbaik untuk berbual-bual tentang perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka dan untuk merapatkan diri dengan anak-anak anda. Gunakanlah masa yang ada untuk berbual, bukannya berbalah. Membaca, menonton televisyen atau wayang, dan layarilah internet bersama-sama. Bersenam atau bersukan sebagai sebuah keluarga. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bersama-sama anak-anak anda. baca seterusnya
artikel 9 :
5. Menatap wajah
Melihat wajah anak ketika bercakap. Merenung mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika bercakap, akan memberi kesan emosi yang dalam. Perhatian mereka terhadap percakapan ibu bapa juga meningkat dengan merenung wajah mereka ketika bercakap malah walaupun percakapan berbentuk memberi arahan. Malangnya, ada ibu bapa terlalu sibuk sehinggakan bercakap dengan anak tetapi muka mengadap ke komputer atau menoleh ke tempat lain. baca seterusnya
selamat membaca dan menambah ilmu (pesanan untuk diri sendiri juga)
terima kasih :O) sayang selalu,