Wednesday, February 9, 2011

Meet http://www.alhumairacontemporary.com/

Salam :)

Please welcome

Hani Elia


1. bagaimana anda memulakan perniagaan online ?
- saya mmg meminati fesyen tudung. jadi timbul keinginan dan minat utk memulakan perniagaan busana tudung dan hijab. setelah melakukan beberapa research, saya memilih utk memulakan langkah pertama secara online pada 2008 kerana ianya tak memerlukan modal besar, lebih mudah dan berisiko rendah berbanding jika ingin terus membuka kedai / butik.

2. bolehkan anda berkongsi tips untuk berniaga di internet ?
- berniaga di internet seolah2 anda mempunyai kedai yg dibuka 24 jam. pengunjung sentiasa boleh masuk ke kedai anda walaupun pada pukul 3 pagi sedang anda tidur dgn nyenyak. tapi bukanlah semudah itu. kita kena pelajari dan dalami cara yg betul berniaga secara online ni. kalau kena dengan caranya, insyaAllah bisnes anda boleh pergi lebih jauh. caranya amat mudah, cuba cari blogshop2 yg dah berjaya, buat research bagaimana mereka menjalankan bisnes mereka setiap hari, dan cuba tiru / praktikkan utk bisnes anda dgn cara anda tersendiri. try to be creative.

3. apakah yang menjadi inspirasi anda untuk berjaya dalam hidup ?
- saya memang adore usahawanita2 yg berjaya dlm bisnes busana muslimah. saya rasa anda pun tahu siapakah mereka ini. merekalah yg menjadi inspirasi saya utk menjadi berjaya seperti mereka suatu hari nanti. selain itu, keluarga dan rakan2 juga adalah inspirasi terbesar dlm hidup saya. saya inginkan yg terbaik dalam hidup saya & keluarga dan alhamdulillah, saya mulai merasakan perubahan yg besar dalam hidup saya.

4. bagaimana anda mengatasi stress ?
- bermacam cara saya lakukan utk atasi stress. bershopping merupakan ultimate therapy utk saya tangani stress. dapat beli apa yg saya inginkan dan idamkan membuatkan saya lebih bersemangat utk bekerja dgn lebih kuat. selain itu, saya juga gemar hangout bersama rakan2 rapat saya. melancong bersama suami dan kami juga gemar jalan2 cari makan di tempat2 yg best2.

5. nyatakan 5 jenis barang kesayangan anda dan mengapa ?
- laptop; kerana inilah nadi bisnes saya. tanpanya semua kerja tergendala.
- kereta; tanpanya, susahlah nak gerak sana sini. ohhh cannot imagine tanpanya.
- perfume kegemaran; menjadikan saya lebih confident bila berhadapan dgn public.
- smartphone; membolehkan saya check email dan surf internet anywhere.
- my own made tudungs; rasa puas menggayakan hasil sendiri.
_______________________________________________________

gorgeous selection of colors and designs
amazing hijjab is showcasing at her blog
please visit and shop till your drop there :)
i have having fun to have you here dear

the very best in life and beyond
all the best in your business venture and InsyaAllah
till we meet again

xoxo