Saturday, February 19, 2011

Yayasan Amal Pahang : a review

Salam :)

khas untuk rakan-rakan yang tinggal di Kuantan
adalah satu perasaan yang paling nikmat dan menggembirakan
apabila barangan yang sudah kita rasakan tidak perlu tetapi masih boleh dimiliki orang lain
dapat didermakan,
 ini adalah salah satu cara untuk memastikan barangan terpakai 
dapat dimanfaatkan bagi golongan yang memerlukan...

saya berpengalaman sendiri
selepas mendapat no telefon daripada rakan saya (cik fina)
saya mencuba untuk mendapatkan khidmat Yayasan Amal
bagi mendermakan barangan terpakai saya
ketika En Ramli (pemandu lori) dan rakannya dari Yayasan Amal
datang dengan lori saya terlupa mengambil gambar barangan yang didermakan

pada mulanya rasa agak malu juga
sebab baju terpakai dan pakaian hanya saya masukkan dalam plastik hitam (untuk sampah)
tetapi En Ramli sangat baik hati dan peramah
terus mengangkut barangan ke dalam lori

saya dermakan :
3 plastik baju terpakai (baju kurung, blaus, tshirt, kemeja,seluar dan pakaian bayi)
1 kotak mainan dan buku cerita
2 printer lama
1 kabinet buku lama
2 kotak peralatan dapur (seperti barangan plastik dan kaca)
vacum cleaner yang rosak
periuk nasi yang rosak

p/s untuk barangan elektrik yang rosak,
saya difahamkan pelajar tahfiz di sana akan cuba membaiki dan menggunakan semula barangan itu

En Ramli juga turut memberitahu ada barangan yang akan dijual semula
untuk menampung kos operasi seperti bayaran pekerja dan minyak lori

selesai sudah projek 5S saya di rumah
memandangkan akhir bulan mac nanti kami akan berpindah ke rumah baru
ini sangatlah meringankan beban saya
sebab saya suka simpan barangan lama sampai penuh stor
sekarang yang tinggal hanyalah 5 kotak barangan yang perlu :)
seronok kan

lori yang diguna untuk tujuan mengangkut barangan terpakai dan untuk disewa bagi tujuan pindah rumah atau pejabat
gambar dari laman web Yayasan Amal

homestay untuk disewa

gambar dari laman web Yayasan Amal

sila lah ke laman web dan telefon nombor berkenaan untuk sebarang pertanyaan
saya berpuas hati kerana layanan mereka sangat baik dan kita tidak perlu menghantar barangan
mereka akan datang ambil dari rumah

semoga usaha Yayasan Amal mendapat keberkatan dan pahala dari Allah

ok tak mengarang dalam bahasa melayu ?

semoga bergembira di hujung minggu !